Sejarah Kampung Hj Ismail bermula pada tahun 1886 iaitu kedatangan seorang pemungut cukai dari Brunei iaitu Tuan Pengiran Hj. Ismail. Beliau yang berasal dari Brunei diarahkan untuk ke Sarawak untuk mengutip hasil cukai dibawah pemerintahan sultan Brunei dan telah datang ke Kuala Tatau. Setelah lama berada di Kuala Tatau, beliau terus menetap disini dan telah berjaya menarik peneroka-peneroka dari Bintulu, Mukah, Igan dan kawasan-kawasan berhampiran untuk bersama-sama bermukim di Kuala Tatau. Pada awal penubuhan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dalam tahun 1996 penduduk kampung telah bersetuju menukar nama kampung yang pada mulanya Kampung Hulu kepada Kampung Haji Ismail.
Selepas kemangkatan beliau, darah kepimpinan beliau membawa kemakmuran di situ dan terus mengalir kepada anak beliau, Hj. Ikram bin Ismail pula dilantik sebagai Ketua Kampung Kuala Tatau semasa pemerintahan British sehingga era Kemerdekaan Sarawak ke dalam Malaysia 1963. Seterusnya, Cicitnya Haji Mudin Bin Swel pula dipilih menjadi ketua kampung yang pertama bagi Kampung Haji Ismail. Sementara itu seorang lagi cicitnya,YB Tuan Haji Datuk Talib Bin Zulpilip, Menteri di jabatan ketua menteri(Integriti Dan Ombudsman) merangkap N67 Jepak pada ketika itu.
Setelah Pemergian Allahyarham Haji Mudin Bin Swel pada tahu 2012, jawatan Ketua Kampung turun ke anaknya iaitu Pn Haliza Haji Mudin sehingga tahun 2023. Kemudian Selepas Pn Haliza Haji Mudin bergelar Penghulu bagi Daerah Tatau, jawatan Ketua Kampung berpindah kepada Tn Haji Jus@Musa Bin Saruji.